somebody's watching you

Tuesday 17 January 2017

Kolej Matrikulasi Johor ada apa sia

 

Hahahahah harini takde apa sangat pun. Nak tunjuk sikit muka budak budak kolej matrikulasi johor paling noob cute legend 2016/2017  HAHAHAHAHHAHA OK JKJK LA. NANTI AKU TUNJUK KAWASAN KMJ GAK K MANA TAU KOT2 ADA JUNIOR 2017/2018 MASUK KOLEJ MATRIKULASI JOHOR EN. ORANG GILA CAPSLOCK SORRY
Ha ni roommate aku dari kanan tu aku panggil baby sebab aku konfius cemana nak sebut nama dia. pavi ke pavitra so baby jela aku bedal hahah. yang kedua tudung pink tu mira haziqah dia paling becok paling noob paling manja paling slalu kena buli tapi percayalah dia paling disayangi sebab tu kami kacau dia. Oh ya, dia jugak la ajar aku selangor noob ni istilah johor. 


This is Johore Matriculation College (JMC) punya view dari tingkat 4 blok C. hehe ada badminton+basketball court so kalau nak cuci mata tengok kevin main basketball boleh usha dari sini je, tapi view dia masa sunset lagi pehhhhhhhh la wa cakap sama lu

Semak memana tah blok lelaki ni. aku bukan tak puas ati pasaipa tapi blok laki ni lagi lawa dari blok perempuan. HAAAAAAAAAAAAAAA tu aku taktau asal tapi lek ah kiterorg ada bilik iron which korang takde en :P

Ha ni tempat aku paling suka, padang. Senananya kalau aku habaq kat hang aku nak riadah, jangan caayaaa sebab aku bukan nak buat pa, aku nak tengok awan dia lawa hat yang berketul2 tu je hehe. serius aku cakap, tengok awan kat sini, buat hati aku tenang. Aku nak la letak kat bio twitter/ig aku ni pencinta awan tapi kang orang habaq aku noob lak en lantak depa la. Eh hang tau dak AWAN APA YANG PALING INDAH? hehehehehe AWANNA be with you ~ ok jkjk sorry gais

Ha ni port boek aku kalau pepagi nak tunggu sir shuganthan datang masa praktikal lab kimia. So far blakang tu ada la kolam kecik tapi aku taktau mana pergi ikan2 dalam tu. AKU TAK MAKAN EH hahaha tapi kalau hangpa nak mancing buleh je kat tasik depan Dewan Sri Ledang KMJ ni. Nanti ada masa aku ambik gmbaq tunjuk kat koraang k. so far gua ada ni je

Haaa ni pulak library kami, besaq!!!!! ada dua tingkat lak tu hehe sorry jakun ah dlu zaman skolah library aku kecik je, paling canggih pun ada majalah asuh dengan kuntum. masatu berebut ah nak pinjam, la ni nampak pun aku pandang sebelah mata ja. Kan aku cakap awan dia lawa en? Ha tengok ah tu, sesungguhnya Allah itu pelukis yang terhandal. Allahu sistur and brader :))

Monday 16 January 2017

Comeback


Saja aku letak gambar ayah aku awal-II ni, maklumlah aku nak tunjuk sikit muka bae aku sebab memasing semua sibuk nak ada bae en. Jujurlah aku nak buat comeback ni bukan sebab aku rasa typical blog ni tempat aku dulu bebel sendiri. Aku selesa tulis sebab aku tau, sekarang orang semua sibuk nak baca twitter facebook scroll ig semua en. so stakat blog ni aku tak rasa orang ambik port sangat. santai jela aku nak cakap pape pun, moga takde yang butthurt. hehe ok abaikan part carut. Apa yang aku rasa lately ni entahlah hahaa terisi? dicintai? Oh okay ni lawak la jemah bcs i think orang yang kenal aku tau la heartless aku tahap mana,. cuma ada la this guy yang buat aku selesa kawan , or macam aku selalu kalau nak bebel tu dia ada la nak tadah telinga en. Dulu aku ada syau ngan nad, so skrg ni tambah la mamat tu sorang hahaahaha. aku tak tau la define cemana tapi kalau nak cakap pasal perasaan, honestly bukan sekarang la. Aku tau ramai yang kata 18 ni dah boleh ada boyfriend, dah ada relationship goals nak peluk pakwe, nak ambik gambar duduk rapat2 and then post ig caption sweeet gila tahap diabetes tapi entahlah i dont see this thing in my way tho. I was a dreamer anyway but into relationships? Nuh. Lawaknya kalau aku wasep kau dua tiga pagi habaq kat kau aku nak pakwe seketul, percaya la aku bosan je. untuk masa ni, tak terfikir lagi. I know nowadays if we dont have this kind of boyf or bae or apa apa la kau panggil, korang cakap kolot. But then aku lagi rela habiskan masa dekat tidur or buat la kerja kerja gila ngan roommates aku. 

If my dad ever read this or maybe my mom ( hahahahaha mama follow instagram and follow me on facebook so tak mustahil blog pun dia jengah) ok wait i just want uguys to know that you're daughter tak do anything lagha, masih ingat kat mama papa and yes in sha Allah akan banggakan mama papa!!!!!! hehe okay bbye 

Monday 17 October 2016

Puisi Tepi Jalan, indah.


Image result for header assalamualaikum gif

Kalau kau baca puisi fynn jamal , 'puisi tepi jalan' , setiap bait kata seolah olah menari dalam pelosok minda.
Sampai kau rasa adakah fynn jamal ni kasyaf? seperti setiap yang ditulis dalam isi buku itu ditujukan pada kau? masa tak mengizinkan aku untuk terus coret puisi kak fynn , tapi ini adalah diantara yang aku suka.

KONTRADIKSI

 

bila orang bukan islam cuba2 melakukan puasa--
cuma untuk sehari--
dengan segera dia diangkat dijulang dipujipuja.
sedangkan bila saudara kita sendiri yang dalam rangkaknya saban hari bergelut mahu kembali ke jalan pencipta--
dengan mudah kita sepak terajang sambil dikecam tak cukup mana.
tidakkah pelik, kalian rasa?
berkasih-sayanglah sesama kita.
islam atau tidak.
sempurna atau tidak.
moga2 akan allah adakan di antara kamu dan musuh2 kamu kasih sayang.
sesungguhnya allah itu maha kuasa.
dan allah itu paling mengampun dan mengasihan.
(al-mumtahanah: ayat 7)
benda pertama dalam semua benda:
bismillaahirrahmaanirrahiim.
rahmaan.
rahiim.

kasih sayang.

Langit, rindu.


Image result for mendongak melihat langit

 
Pernah aku mendengar kata-kata hikmah tentang kesedihan itu kalau mahu dipujuk jangan menunduk ke bumi, tapi dongaklah ke langit. Awalnya ku fikir, bukankah menunduk ke bumi itu adalah kerna mahu menyembunyikan tangisan yang sepi?
Lalu aku mencubanya sendiri.
Suatu hari, aku seolah sudah jatuh ditimpa tangga, bangkit tapi aku malah tersepak batu. Malangnya bertubi. Aku berjalan pulang sambil menundukkan muka ku. Langkahku lemah, aku sedikit terhuyung hayang. Entah mengapa hari itu kaki ku terasa berat, jadi ku seret sahaja kemana arah ku.
Sedang aku berusaha menyembunyikan kesedihan itu, terlintas di benak tentang hujah memujuk kesedihan. Perlahan aku mengangkat kepala, lalu pantas mendongak ke langit.
“Ah biru sekali langit itu. Indahnya tidak perlu dihias banyak, cuma biru langit dan putih gebunya awan. Sekali sekala terlihat kapal terbang membelah langit luas.” lintas hati ku.
“Subhanallah”, bisikku sendiri.
Tanpa aku tersedar, air mata yang tadinya laju yang cuba aku sembunyikan, entah bila keringnya. Mungkin aku terleka waktu melihat langit yang luas. Terleka dengan sensasi lapangnya dada waktu memujuk hati dengan berbicara pada diri sambil mendongak ke langit. Jadi aku lupa akan kesedihan yang membenam jiwaku jauh ke dalam kegelapan.
“Kau terasa sempit kerna kau kurang melihat langit yang infiniti nilainya. Sedangkan di bumi ini, terlalu banyak hal-hal yang mengkhuatirkan juga menyesakkan jiwa. Sekali sekala, mendongaklah ke langit. Kau akan tersedar betapa kerdilnya dirimu, malah terlalu mikro bebanmu. Pernah kau terfikir? Andai saja langit yang besar itu menghempapmu, apa kau mampu memikulnya?”
Mendongaklah ke langit bila kau mulai terasa hilang dan lemah. Kerna langit itu mengingatkan engkau, bahawa Allah sedang melihatmu dan menunggumu menadah tangan memanjatkan doa padaNya.
Semoga tenang wahai sang khalifah bumi yang kegelisahan.