somebody's watching you

Monday 17 October 2016

Langit, rindu.


Image result for mendongak melihat langit

 
Pernah aku mendengar kata-kata hikmah tentang kesedihan itu kalau mahu dipujuk jangan menunduk ke bumi, tapi dongaklah ke langit. Awalnya ku fikir, bukankah menunduk ke bumi itu adalah kerna mahu menyembunyikan tangisan yang sepi?
Lalu aku mencubanya sendiri.
Suatu hari, aku seolah sudah jatuh ditimpa tangga, bangkit tapi aku malah tersepak batu. Malangnya bertubi. Aku berjalan pulang sambil menundukkan muka ku. Langkahku lemah, aku sedikit terhuyung hayang. Entah mengapa hari itu kaki ku terasa berat, jadi ku seret sahaja kemana arah ku.
Sedang aku berusaha menyembunyikan kesedihan itu, terlintas di benak tentang hujah memujuk kesedihan. Perlahan aku mengangkat kepala, lalu pantas mendongak ke langit.
“Ah biru sekali langit itu. Indahnya tidak perlu dihias banyak, cuma biru langit dan putih gebunya awan. Sekali sekala terlihat kapal terbang membelah langit luas.” lintas hati ku.
“Subhanallah”, bisikku sendiri.
Tanpa aku tersedar, air mata yang tadinya laju yang cuba aku sembunyikan, entah bila keringnya. Mungkin aku terleka waktu melihat langit yang luas. Terleka dengan sensasi lapangnya dada waktu memujuk hati dengan berbicara pada diri sambil mendongak ke langit. Jadi aku lupa akan kesedihan yang membenam jiwaku jauh ke dalam kegelapan.
“Kau terasa sempit kerna kau kurang melihat langit yang infiniti nilainya. Sedangkan di bumi ini, terlalu banyak hal-hal yang mengkhuatirkan juga menyesakkan jiwa. Sekali sekala, mendongaklah ke langit. Kau akan tersedar betapa kerdilnya dirimu, malah terlalu mikro bebanmu. Pernah kau terfikir? Andai saja langit yang besar itu menghempapmu, apa kau mampu memikulnya?”
Mendongaklah ke langit bila kau mulai terasa hilang dan lemah. Kerna langit itu mengingatkan engkau, bahawa Allah sedang melihatmu dan menunggumu menadah tangan memanjatkan doa padaNya.
Semoga tenang wahai sang khalifah bumi yang kegelisahan.

No comments:

Post a Comment