somebody's watching you

Tuesday, 17 January 2017

Kolej Matrikulasi Johor ada apa sia

 

Hahahahah harini takde apa sangat pun. Nak tunjuk sikit muka budak budak kolej matrikulasi johor paling noob cute legend 2016/2017  HAHAHAHAHHAHA OK JKJK LA. NANTI AKU TUNJUK KAWASAN KMJ GAK K MANA TAU KOT2 ADA JUNIOR 2017/2018 MASUK KOLEJ MATRIKULASI JOHOR EN. ORANG GILA CAPSLOCK SORRY
Ha ni roommate aku dari kanan tu aku panggil baby sebab aku konfius cemana nak sebut nama dia. pavi ke pavitra so baby jela aku bedal hahah. yang kedua tudung pink tu mira haziqah dia paling becok paling noob paling manja paling slalu kena buli tapi percayalah dia paling disayangi sebab tu kami kacau dia. Oh ya, dia jugak la ajar aku selangor noob ni istilah johor. 


This is Johore Matriculation College (JMC) punya view dari tingkat 4 blok C. hehe ada badminton+basketball court so kalau nak cuci mata tengok kevin main basketball boleh usha dari sini je, tapi view dia masa sunset lagi pehhhhhhhh la wa cakap sama lu

Semak memana tah blok lelaki ni. aku bukan tak puas ati pasaipa tapi blok laki ni lagi lawa dari blok perempuan. HAAAAAAAAAAAAAAA tu aku taktau asal tapi lek ah kiterorg ada bilik iron which korang takde en :P

Ha ni tempat aku paling suka, padang. Senananya kalau aku habaq kat hang aku nak riadah, jangan caayaaa sebab aku bukan nak buat pa, aku nak tengok awan dia lawa hat yang berketul2 tu je hehe. serius aku cakap, tengok awan kat sini, buat hati aku tenang. Aku nak la letak kat bio twitter/ig aku ni pencinta awan tapi kang orang habaq aku noob lak en lantak depa la. Eh hang tau dak AWAN APA YANG PALING INDAH? hehehehehe AWANNA be with you ~ ok jkjk sorry gais

Ha ni port boek aku kalau pepagi nak tunggu sir shuganthan datang masa praktikal lab kimia. So far blakang tu ada la kolam kecik tapi aku taktau mana pergi ikan2 dalam tu. AKU TAK MAKAN EH hahaha tapi kalau hangpa nak mancing buleh je kat tasik depan Dewan Sri Ledang KMJ ni. Nanti ada masa aku ambik gmbaq tunjuk kat koraang k. so far gua ada ni je

Haaa ni pulak library kami, besaq!!!!! ada dua tingkat lak tu hehe sorry jakun ah dlu zaman skolah library aku kecik je, paling canggih pun ada majalah asuh dengan kuntum. masatu berebut ah nak pinjam, la ni nampak pun aku pandang sebelah mata ja. Kan aku cakap awan dia lawa en? Ha tengok ah tu, sesungguhnya Allah itu pelukis yang terhandal. Allahu sistur and brader :))

No comments:

Post a Comment