somebody's watching you

Wednesday 10 September 2014

Akhir Zaman


 Asalamualaikum.

Pernah kita dengar tentang sedikit sajak ini.

Cintakan bunga , bunga akan layu.
Cintakan manusia , manusia akan pergi.
Cintakan pada kecantikan , kecantikan akan pudar.
Tapi cintalah pada Allah S.W.T. yang akan kekal abadi hingga ke akhir zaman.

Lantas bagaimana dengan cinta monyet zaman remaja kini ? Pergaulan bebas dan zina di merata-merata? Sungguh aku juga remaja belasan tahun yang sering leka dan alpa seiring dengan kemajuan teknologi terkini. Aku terlupa bahawa dengan hanya sedikit bisikan syaitan , maka binasalah kita jika iman yang ada tidak kukuh. Aku tidak kencang sembang tentang iktilat kerana aku tahu kadang kala aku juga terlepas pandang. Doa pelindung maksiat untuk diri dan keluarga sering kali baba aku suruh menghafal dan Alhamdulillah , aku akan kongsikan sedikit untuk pahala kita bersama.



 للهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ سَمْعِي ، وَمِنْ شَرِّ بَصَرِي ،
 وَمِنْ شَرِّ لِسَانِي ، وَمِنْ شَرِّ قَلْبِي ، وَمِنْ شَرِّ مَنِيَّتِي

Maksudnya : Ya Allah , sesungguhnya Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan pendengaranku , kejahatan penglihatanku , kejahatan lidahku , kejahatan hatiku dan kejahatan air maniku.

Bukan mudah untuk kita terus hidup dalam dunia ini sekiranya hidup umpama gelas yang kosong. Sedangkan ustazah aku pernah berkata :" Apabila bakal tiba hari kiamat nanti dan turunnya dajjal , para suami akan sampai mengikat kaki dan tangan isteri dan anak perempuannya dirumah agar tidak terikut ikut dengan penipuan dajjal. " Dari situ kita tahu bahawa kaum hawa adalah golongan yang lemah jika dibandingkan dengan kaum adam, kita aplikasikan pula pada zaman kita sekarang. Rata-rata apabila mendengar ceramah tentang sesuatu yang belum pasti kesahihannya , asalkan disogok dengan cerita tentang mendapat pahala , maka pendirian hawa itu pasti goyah. Sedangkan benda itu tidak sahih. Ingatlah, bahawa sekarangpun dah sampai ke akhir zaman. Nilai dulu mana permata , mana intan.

Salam sayang,
Pemburu Syahid.

No comments:

Post a Comment